Wednesday, October 22, 2008

ICT di sekolah: Tablet vs Blackboard

Assalamualaikum,

Kawan-2, blog nih nampak makin sepi. Jadik saya cuba meriahkan sikit dengan pendapat yang tak seberapa ni. So, kita bincang sket tentang ICT.

Kemasukan teknologi komputer dan maklumat (ICT) ke dalam bidang perguruan umpama satu arus yang tak dapat dielakkan lagi. Dasarnya, supaya sektor pedidikan juga tidak ketinggalan dalam merasai kepantasan dan kecekapan maklumat disalurkan di seluruh dunia, dengan harapan, mutu pendidikan terus meningkat. Rata-rata sekolah telah pun menyediakan capaian kepada ICT. Mungkin sekolah dari kawasan luar bandar masih terpinggir dari kemajuan sebegini. Tetapi persoalannya, benarkah ICT menjana mutu pendidikan di negara kita? Adakah ianya relevan buat masa ini? Apakah banyak manfaat berbanding keburukan atau terdapat banyak 'ketirisan' (DSAI punye perkataan...) berlaku?

Beberapa bulan lepas, saya dan pensyarah-pensyarah lain telah diberi peluang untuk menilai pelajar-pelajar BScEd yang membuat praktikal di beberapa buah sekolah. Mereka sungguh teruja untuk menggunakan ICT dalam kelas masing-2. Seolah-olah kalau tiada ICT dalam kelas, khususnya penggunaan 'PowerPoint', mereka tidak mendapat learning outcomes yang baik dan membantutkan markah praktikal mereka. Dulu masa kita semua undergrad, pensyarah-2 pendidikan kita juga teruja untuk menggunakan ICT ini, sebab syok bersyarah sampai terkeluar screen saver cartoon yang indirectly mengganggu concentrasi kelas (sorry lecturers...). Nampaknya kini, 'powerpoint' menjadi suatu 'trend dipaksa'. Obsesi sebegini nampaknya kurang tepat. Pada pendapat saya, bagaimana kandungan (content)dan nilai itu disampaikan adalah lebih penting. Menggunakan ICT itu hanyalah salah satu daripada bagaimana content dan nilai itu disampaikan dan sebenarnya ia terlalu bergantung kepada kaedah murid-2 berfikir dan belajar. Saya percaya pelajar BScEd yang praktikal tempoh hari dan teruju menggunakan ICT, mereka akan kembali kepada kaedah yang lebih konvesional bila memasuki alam perguruan sebenar...kawan-2 camana?

Pastinya kawan-2 pernah dengar notebooks, SmartBoard, e-Learning etc. Satu lagi 'trend dipaksa' baru mungkin akan muncul di sekolah-2 iaitu penggunaan TABLET PC dan PALM sebagai sebahagian daripada hidup seorang guru. Kalau keduanya memang popular dikalangan ahli eksekutif perniagaan, dengan tujaan untuk 'impress' pelanggan mereka, adakah matlamat dalam kelas juga akan tercapai dengan lebih baik? Dari sudut penggunaannya, mungkin database dan capaian maklumat dalam internet akan membantu guru menyampaikan maklumat. Tetapi fungsi utama TABLET PC tak ubah seperti kita 'kecilkan papan hitam', tulis atau tambah maklumat diatasnya dan 'besarkan semula papan hitam' itu. PALM pula umpama menyediakan medan perbincangan yang tiada sempadan masa. Murid dan guru boleh berinteraksi 24/7, dimana jua anda berada walaupun anda sedang ehem...ehem...

Banyak isu yang boleh timbul daripada situasi sebegini. Cuma pada kita untuk menilainya. Tidaklah bermaksud menolak ICT secara total, tetapi adakah sekeliling bersedia menerima suatu yang baru dengan wujudnya pelbagai faktor khususnya kos pemasangan, teknikal, baikpulih etc. Itu belum faktor taburan penggunaannya, kesian sekolah luar bandar yang tercicir terus tercicir.

Sebagai maklumat umum kawan-2, semasa saya di UK, sempat melawat sekolah-2 di sana. Sememangnya mereka developed country. Tetapi saya perhatikan, jurang kemudahan di antara sekolah luar bandar dan kota tidak banyak beza. Komputer mereka tidaklah secanggih seperti di sekolah di sini, tetapi mereka lebih tekankan aspek 'efficiency' dan semua murid seluruh wilayah merasainya.

Sebagai menangguhkan bicara ini, teringat suatu ketika dulu, saya lontarkan satu info kepada mak saudara saya, mengatakan IQ mereka yang makan makanan dari periuk aluminum (macam periuk cap buaya tu) adalah lebih rendah daripada mereka yang makan makanan daripada periuk bukan aluminum. Maka, berkatalah mak saudara saya, "Atuk kau memang masak dalam periuk cap buaya tu (periuk aluminum), tapi pak usu kau ada MBBS, pak uteh kau arkitek dan mak saudara kau nih cikgu lepasan UM. Tak cukup lagi ke IQ...?!" Moralnya, makanlah 'makanan = content', jangan makan 'periuk = ICT'

Sekadar lontaran pendapat...

Pakcik

Thursday, October 16, 2008

Stress 2

Sebenarnya ketegangan atau stress ini merupakan penglaman tidak enak yang dirasai secara mendalam. Pengalaman ini dialami secara mental, fizikal, emosi dan spirtual. Ia dimanifestasikan secara fisiologi, kognitif dan tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat, stress ialah satu situasi tidak selesa yang mana manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggigil. Dari segi emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah dan segala-galanya menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu semangat dan spiritual yang ada.

Stress 1

Dalam proses pekerjaan setiap hari, kita tidak terlepas dari keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa mereka mengalami stress atau ketegangan. Apabila berada dalam situasi begini , kita seringkali mengatakan kita tiada 'mood', tidak bersemangat untuk bekerja atau kita mengatakan kita tidak dapat berbuat apa-apa. Potensi diri tidak dapat diterjemahkan dengan baik walaupun kita telah banyak merujuk buku-buku rujukan, buku-buku panduan, menghadiri seminar atau ceramah.

---> bersambung

Monday, October 6, 2008

DG 44

Kepada semua guru geng Sc.Ed UM9599,

Sesiapa yang belum memohon DG44, ada baiknya anda semua bertindak sekarang!
Kita semua dah layak memohon tahun ini ke DG44(yang start berkhidmat tahun1999) untuk tahun depan.
Jangan tunggu sampai tahun depan lak. Yang mana dah lebih 7 tahun berkhidmat tu dah boleh isi borang dah.Jangan tunggu sampai masa baru nak isi,alamatnya lambat skit la kot proses nanti.Kalau dah terlepas tu,isilah borang awal-awal untuk tahun depan.

1. Tanyalah kerani di pejabat sekolah anda, camno?
2. Kalau dah terlepas tarikh tutup tu, pandai-pandailah "cover line" sendiri, k!

Selamat berjaya ke DG44.

Sembang-sembang